PROGRAM PENYESUAIAN KERJAYA (2PK) AZAM KERJA


TARIKH PROGRAM  : 2 APRIL HINGGA 4 APRIL 2015
TEMPAT   : PERMAI INN,KUALA TERENGGANU




1.0      PENGENALAN
Dari tahun 2014, seramai 850 orang telah dibantu dalam program ini dengan melibatkan kos hampIr RM221,000,00. Pada tahun 2015, program ini telah dilaksanakan pada 2-4 April 2015 di Permai Inn, Kuala Terengganu. Seramai 81 0rang daripada 120 orang calon yang setuju hadir telah menyertai program ini. Bagi mencapai sasaran seramai 200 orang,pihak jabatan akan menganjurkan Program 2PK Bil.2 di daerah Dungun dan Kemaman pada 7-9 Mei 2015.
Bermula pada tahun 2012, Program 2PK telah dijadikan salah satu kalendar aktiviti dalam perlaksanaan Azam Kerja di bawah kendalian Jabatan Tenaga Kerja semenanjung Malaysia. Perlaksanaan aktiviti ini memfokuskan kepada aktiviti penempatan pekerjaan kepada ahli isi rumah (AIR) peserta e-kasih dengan matlamat dapat membantu meningkatkan pendapatan perkapita isi rumah dan seterusnya mengeluarkan golongan sasar tersebut daripada garis kemiskinan.
2.0     MATLAMAT PROGRAM

i)     Menyediakan peluang kepada golongan yang terdiri daripada  KIR dan AIR untuk memperolehi pekerjaan.
ii)     Memperkasa kumpulan sasar supaya boleh berdikari
iii)     Mengurangkan kebergantungan kepada bantuan sosial kerajaan.
iv)     Meningkatkan jati diri dan “soft skill” peserta dalam mengharungi cabaran pekerjaan pada masa kini.
3.0     OBJEKTIF PROGRAM
Program Penyesuaian Kerjaya (2PK) Azam Kerja pada dasarnya memberi tumpuan khusus kepada golongan miskin tegar dan miskin daripada senarai Sistem e-kasih yang dibangunkan oleh Unit Perancangan Pelaksanaan (ICU) ,Jabatan Perdana Menteri. Program ini merupakan satu program khas kepada peserta e-Kasih Negeri Terengganu yang bertujuan membuka peluang kerjaya serta kebolehpekerjaan dalam pasaran kerja. Sepanjang tarikh program peserta akan bersama pihak Jabatan  dalam pelbagai aktiviti  yang telah disusun oleh pihak Jobsmalaysia. Antaranya adalah pendedahan berhubung peluang pekerjaan, teknik menghadapi temuduga serta pelbagai pengetahuan dan kemahiran berhubung selok belok pekerjaan yang selama ini menjadi punca kegagalan memperolehi pekerjaan. Program ini juga turut menjemput  tujuh (7) majikan terpilih yang menawarkan kekosongan jawatan kepada peserta di akhir program dengan tujuan memberi peluang pekerjaan kepada peserta.

Taklimat awal Program Penyesuaian Kerjaya dan Employability Azam Kerja 2015


Sesi LDK Program Penyesuaian Kerjaya dan Employability Azam Kerja 2015




Sesi Temuduga Program Penyesuaian Kerjaya dan Employability Azam Kerja 2015