PENGENALAN 1AZAM



OBJEKTIF

1AZAM menyediakan peluang menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah. Jangkaan pendapatan antara RM760 hingga RM2,300 sebulan.

TUJUAN PROJEK

Projek 1AZAM diperkenalkan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin, menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM760 sebulan bagi miskin dan di bawah RM2300 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah.
4 (empat) peluang menambah pendapatan dikenalpasti:
• Penempatan pekerjaan
• Perniagaan kecil-kecilan
• Penyediaan perkhidmatan
• Pertanian

FAEDAH

Menyediakan peluang kepada rakyat berpendapatan rendah menjana pendapatan. Memperkasakan ekonomi rakyat berpendapatan rendah. Menggalakkan rakyat berpendapatan rendah untuk berdikari.

Pendekatan Pelaksanaan

Program 1AZAM telah dijalankan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Program perintis telah dimulakan di Iskandar Regional Development Authority (IRDA) atau Iskandar Malaysia, Johor, pada akhir bulan Januari 2010. Inisiatif akan diteruskan ke negeri-negeri lain melalui kerjasama dengan kawasan-kawasan koridor ekonomi utara, timur, Sabah dan Sarawak yang dilancarkan oleh kerajaan terdahulu daripada pembentukan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau dikenali sebagai National Key Results Area (NKRA). Secara keseluruhannya, inisiatif 1AZAM akan menumpukan usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui penempatan semula pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing. Cadangan pihak makmal NKRA agar kerajaan memperkenalkan Penetapan Gaji Minimum kepada pelbagai industri dan sektor pekerjaan yang ditawarkan kepada tenaga kerja Malaysia, pasaran kerja bakal menyaksikan pekerja-pekerja Malaysia berpendapatan sekurang-kurangnya RM760 sebulan kepada pekerja berkelulusan rendah dan separa mahir.